Pemimpin PKR Selangor Teguh Sokong Abdul Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ABDUL KHALID IBRAHIM
ABDUL KHALID IBRAHIM

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Selangor (PKR) Selangor malam tadi berikrar menyokong tanpa berbelah bahagi kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekaligus mengukuhkan kedudukan Menteri Besar itu berdepan dengan komplot segelintir Ahli Parlimen parti itu yang mahu menggulingkannya.

Difahamkan 17 daripada 22 cabang parti negeri yang hadir pada mesyuarat tergempar malam tadi menyatakan sekongan penuh kepada Abdul Khalid.

Apa yang menarik, Ahli Parlimen yang dikatakan terlibat dalam komplot 15 orang itu mula menafikan pembabitan mereka menjatuhkan menteri besar itu.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden parti, Azmin Ali dan lima pemimpin bahagian tidak hadir.

Bagaimanapun dua daripada mereka memaklumkan tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan selain mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Abdul Khalid.

Sebaliknya dua lagi yang dipercayai penyokong Azmin tidak memberikan sebarang alasan.

Abdul Khalid mengambil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu seperti yang dilaporkan oleh portal-portal berita hari ini.

Mesyuarat tergempar berkenaan diadakan berikutan desas desus kononnya akan berlaku kudeta didalangi 15 Ahli Parlimen semasa permukiman parti itu di Shah Alam yang bermula hari ini.

Kelmarin Azmin mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuat kuasa Rabu lalu.

Bagaimanapun beliau menafikan perletakan jawatannya sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Abdul Khalid.

Difahamkan pengundurannya daripada PKNS kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan menteri besar itu yang tidak merujuk kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Malah Azmin dikatakan juga tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid melantik Faekah Husin sebagai Setiausaha Politiknya bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan