Kelulusan Baru Kursus Diploma Kejururawatan Ditangguh Mulai 1 Julai

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Julai ini, kerajaan akan menangguhkan kelulusan kursus baru diploma kejururawatan dan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan program itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu bagi memastikan institusi sedia ada yang menawarkan program tersebut dapat menaik taraf kualiti kursus dan pencapaian pelajar mereka.

"Jemaah Menteri baru-baru ini telah berbincang dan bersetuju supaya satu moratorium (penangguhan) diadakan terhadap kelulusan kursus dan penubuhan IPTS yang menawarkan program diploma kejururawatan.

"Sudah banyak sangat kursus diploma (kejururawatan) yang ada sekarang, kita sekarang nak menggalakkan kursus kejururawatan dalam bidang ijazah pula. Kita juga hendak menggalakkan jururawat sedia ada untuk mendapatkan ijazah pada masa-masa akan datang," katanya kepada pemberita, pada hari Sabtu.

Liow yang ditemui selepas merasmikan persidangan pertama Malaysia mengenai kejurawatan dalam bidang jagaan jantung, berkata hari ini terdapat 109 IPT menawarkan kursus kejururawatan di seluruh negara iaitu 28 kolej di bawah kementeriannya, 10 di IPT Awam (IPTA), 70 di IPTS dan sebuah di bawah Kementerian Pertahanan.

Daripada jumlah itu, Liow berkata sebanyak 89 IPT menawarkan program diploma iaitu 17 di bawah kementeriannya, tujuh di IPTA, IPTS (64) dan Kementerian Pertahanan (satu).

"Bakinya hanya 20 IPT yang menawarkan kursus di peringkat sijil atau ijazah," katanya.

Liow berkata sehingga Disember lepas, terdapat 83,802 jururawat pelbagai kategori di negara ini dan 61,677 daripadanya berkhidmat di sektor awam manakala baki di sektor swasta.

"Seramai 60,321 atau 72 peratus daripada jumlah itu ialah jururawat terlatih. Yang lain ialah jururawat masyarakat (22 peratus), penolong jururawat (5 peratus) dan bidan (1 peratus).

"Bilangan pengeluaran jururawat terlatih pada tahun lepas pula ialah 8,279 orang, iaitu seramai 2,402 dari kolej kementerian, 528 dari IPTA dan 5,349 dari IPTS," katanya.

Nisbah bilangan jururawat bagi semua kategori dengan populasi penduduk semasa di negara ini adalah 1:340, manakala nisbah jururawat terlatih dengan populasi pula adalah 1:470, katanya.

"Nisbah sasaran jururawat terlatih dengan populasi penduduk yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah 1:200 dan ini dijangka boleh dicapai menjelang tahun 2020," kata Liow.

Sementara itu, beliau berkata terdapat keperluan bagi negara ini meningkatkan jumlah jururawat dalam bidang jagaan jantung memandangkan pada masa kini hanya 548 jururawat berdaftar yang bekerja di bawah kementerian mempunyai latihan dalam bidang tersebut.

"Pada tahun 2008, penyakit berkaitan jantung adalah punca kematian utama di hospital kerajaan, iaitu 16.5 peratus daripada semua kematian.

"Dianggarkan di Malaysia, 141 daripada 100,000 orang menghidapi penyakit berkaitan jantung setiap tahun. Ini bermakna bagi populasi 28 juta kita menjangka sehingga 40,000 pesakit baru setiap tahun dan ini boleh membebankan sistem jagaan kesihatan kita," katanya.

Liow berkata pada masa ini hanya tiga kolej kejururawatan di bawah kementeriannya iaitu di Pulau Pinang, di Sungai Buloh, Selangor dan di Johor Baharu yang menawarkan latihan kejurawatan untuk jagaan jantung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan