JB Sentral Lambang Kemajuan Dan Potensi Iskandar Malaysia - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pembinaan bangunan JB Sentral, di bandaraya Johor Baharu bukan sekadar usaha membangunkan negeri Johor tetapi melambangkan kemajuan serta potensi pembangunan di Iskandar Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bangunan bernilai RM2 bilion yang merupakan sebahagian projek pembangunan Gerbang Selatan itu juga dijangka dapat memenuhi matlamat dan arah tuju Program Transformasi Kerajaan ke arah mencapai Wawasan 2020.

"JB Sentral bukan sahaja menjadi stesen transit awam dan hab terminal pengangkutan kereta api yang setanding Kuala Lumpur Sentral bahkan menjadi hab pengangkutan kereta api antarabangsa.

"Bangunan ini akan menjadi pusat sehenti kerana selain menjadi terminal pengangkutan awam dan kereta api, rakyat juga boleh memanfaatkan perniagaan komersial dan berurusan di lapan jabatan kerajaan dan swasta yang terdapat di bangunan ini," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata JB Sentral yang merupakan satu daripada projek Gerbang Selatan Bersepadu yang turut merangkumi pembinaan Bangunan Sultan Iskandar, pada 2003 itu menyediakan kemudahan fasiliti kelas pertama kepada orang ramai.

Dengan keluasan keseluruhan 87,330 meter persegi Muhyiddin berkata, ruang perniagaan komersial di dalam bangunan itu dapat menyediakan peluang pekerjaan baru kepada orang ramai seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

Kerajaan katanya, dijangka mendapat pulangan RM3.6 juta setahun hasil daripada sewaan ruang pejabat dan perniagaan yang kemudian boleh digunakan bagi membangunkan infrastruktur kepada rakyat pada masa akan datang.

"JB Sentral dijangka dapat mengurangkan dan mempermudahkan aliran trafik di pusat perdagangan bandaraya ini.

"Bangunan yang dilengkapi dengan 726 tempat letak kereta, 18 lot ruang niaga dan 30 kiosk ini akan menjadikan bangunan ini sebagai kawasan perhentian utama bagi pengguna yang berulang alik ke Singapura dan Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu syarikat yang dipertanggungjawabkan bagi menguruskan aspek keselamatan, penyelenggaraan, kebersihan, teknologi maklumat dan pengurusan ruang niaga serta pejabat supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti.

Beliau berkata, perkhidmatan yang diberikan di JB Sentral perlu cekap sejajar dengan kemudahan fasiliti yang cekap dan moden di bangunan berkenaan.

"Ingatlah bahawa kejayaan tidak terukur oleh besar atau hebatnya sebuah binaan fizikal kerana apa yang pentingnya adalah keberhasilan perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat," tegasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan