Ibrahim Ali Hanya Ahli Politik Jaguh Kampung

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai 'ahli politik jaguh kampung' yang menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Malah beliau menegaskan, sememangnya Perkasa berniat baik untuk memperjuangkan keistimewaan kaum bumiputera negara ini namun Ibrahim mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia meluahkan pandangan.

“Dia ahli politik jaguh kampung dalam dunia globalisasi.

“Dia berada di era mana? Beliau menjadi halangan kepada (konsep) 1 Malaysia,” kata Khairy dalam mesej Twitter semalam.

Beliau berkata, mesej itu adalah yang sama disampaikan kepadaa pemberita di Alor Setar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Beliau mengulas tindakan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sebelum itu, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam pada itu Khairy menegaskan, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana beliau bukan pengundi di kawasan Rembau atau ahli Umno.

“Dia tiada hak untuk meminta saya berhenti,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen kawasan terbabit.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan