Helikopter Terhempas Di Hutan, Juruterbang Warga Amerika Terkorban

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sebuah helikopter jenis Sikorsky milik sebuah syarikat pembalakan yang berpangkalan di sini terhempas di tengah hutan dekat Long Pelutan, Baram petang semalam, mengorbankan juruterbangnya warga Amerika Syarikat, menurut polis.

Seorang lagi warga Amerika, dipercayai pembantu juruterbang helikopter itu mengalami kecederaan dalam nahas yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 5.30 petang dekat kem pembalakan yang didirikan di penempatan di situ, kira-kira 50 batu nautika tenggara dari sini.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Abu Bakar Mokthar semasa dihubungi berkata krew yang cedera itu dihantar ke sebuah hospital swasta di Miri dan tahap kecederaan yang dialaminya masih tidak diketahui.

Mayat juruterbang itu masih tersepit dalam bangkai helikopter itu, katanya.

Satu pasukan polis telah dihantar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat juruterbang itu dan menjalankan penyiasatan, katanya.

Untuk ke Long Pelutan, perlu menggunakan helikopter yang disewa, yang mengambil masa sejam penerbangan dari Miri atau melalui jalan balak yang mengambil masa kira-kira 10 jam. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan