Zamihan Nafi Kaitkan Nama Tertentu dengan JI

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang penceramah pada taklimat tentang ancaman dan pengrekrutan Jemaah Islamiah (JI) di institut pengajian tempatan baru-baru ini, menafikan dakwaan bahawa beliau mengaitkan nama beberapa tokoh dengan pengganas.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin berkata, dalam taklimatnya, beliau hanya memberi fokus kepada unsur-unsur fahaman yang boleh membawa kepada pemikiran terrorisme agama.

Katanya pembentangan yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin adalah atas jemputan kementerian itu dan perakuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir naib-naib canselor universiti seluruh negara.

"Kesemua mereka menjadi saksi bahawa isi pembentangan saya tidak menyentuh nama-nama tokoh, apatah lagi mengaitkan mereka dengan pengganas.

"Saya juga tidak pernah menyebut atau mengaitkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dalam pembentangan itu,” katanya dalam satu kenyataan

Seorang pegawai ILIM, agensi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dilaporkan mengaitkan tokoh-tokoh tertentu di negara ini dengan fahaman pengganas dalam satu taklimat di Bukit Aman Isnin lalu.

Berikutan laporan media, beberapa tokoh tampil membuat penafian mereka terbabit dengan fahaman pengganas. – BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan