MIC Tidak Setuju Peperiksaan UPSR Dimansuhkan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata parti itu menentang sebarang tindakan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak meneruskan cadangan itu.

"UPSR diperkenalkan berdasarkan pandangan pakar kerana mereka menyedari ia pentingan untuk menilai pemikiran pelajar selepas tempoh tertentu.

"Sekiranya UPSR dimansuhkan, pelajar tidak mempunyai inisiatif untuk belajar dan akan menjadi seperti mesin, manakala guru pula tidak akan mempunyai atau mengambil inisiatif untuk menyediakan pelajar mereka menghadapi penilaian itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, pada 20 Jun lepas bahawa kementerian mencadangkan UPSR dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Samy Vellu berkata Malaysia tidak harus mencontohi sistem pendidikan di negara-negara lain sebaliknya harus mempunyai standardnya sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan