Masalah Di Selangor Bukti Kelemahan Pentadbiran Khalid - Noh

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sehingga wujud apa yang didakwa komplot untuk menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan kelemahan ketara pentadbiran Abdul Khalid di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata senario politik di negeri itu yang dilihat "semakin menarik" memberi mesej kepada Abdul Khalid bahawa kepimpinannya sudah ditolak bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR tetapi rakyat negeri itu.

"Ia sebagai satu mesej jelas kepimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah ditolak dan Menteri Besar itu perlu mengakui hakikatnya.

"Banyak perkara yang diabaikan Khalid dalam memerintah Selangor yang sibuk mencampuri urusan orang lain seperti isu Kampung Baru daripada bertindak membela rakyat di negeri itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kota Baharu di sini, Jumaat.

Akhbar hari ini melaporkan wujud pakatan 15 Anggota Parlimen PKR untuk menggulingkan Abdul Khalid kerana kecewa dan tidak berpuas hati terhadap corak pentadbiran Menteri Besar itu yang dilihat seperti mengurus sebuah syarikat korporat.

Mengulas perkara itu lagi, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Selangor sebenarnya diperintah oleh parti yang lemah dan sukar untuk terus bergabung bagi memerintah negeri itu.

Sementara itu, Noh meminta Pemuda Umno terus menggiatkan mendaftar pengundi baru yang dilihat kurang agresif berbanding parti pembangkang.

"Kita perlu agresif dan mencontohi mereka yang tidak kira tempat untuk mendaftar pengundi baru dan mendapatkan anggota baru dan saya rasa apa yang dilakukan Pemuda agak perlahan," katanya.

Dalam isu berasingan, Noh memberi jaminan akan menyelesaikan isu petani di bendang Kajang Sebidang, Tumpat yang semalam melakukan demonstrasi secara aman mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melonggarkan syarat pembelian minyak diesel atau petrol dalam tong.

Noh berkata malam ini beliau akan bertemu menteri terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar segera menangani masalah itu.

"Saya akan bertemu dan saya juga akan arahkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) agar membantu petani terbabit.

"Kita tidak mahu petani ada masalah seperti ini dan kita nak lihat dulu apa perkara sebenar dan saya yakin ia akan diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Semalam lebih 100 petani di situ mengadakan demonstrasi membantah larangan membeli minyak dalam tong di stesen minyak untuk diisi bagi kegunaan traktor. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan