Banjir Kilat Landa Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Hujan lebat sejak pagi tadi menimbulkan kebimbangan berulangnya banjir besar di sekitar kawasan Orchard Road, di sini, Rabu lepas.

Hujan yang turun mencurah-curah mengakibatkan banjir kilat di kebanyakan tempat seluruh Singapura dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh-lebuh raya utama pada waktu puncak.

Laman web The Straits Times Singapore melaporkan, disebabkan ramai pengguna jalan raya terperangkap dalam kejadian itu, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan amaran hujan lebat pada 7.33 pagi menerusi laman web.

Amaran dikeluarkan bagi hujan lebat beserta kilat dan angin kencang antara 8.30 hingga 9.30 pagi.

Agensi Air Kebangsaan (PUB) Singapura turut menasihati orang ramai berhubung kemungkinan berlakunya banjir kilat berikutan hujan lebat.

Maklumat portal one.motoring melaporkan kesesakan teruk di Ayer Rajah Expressway (AYE), Kallang–Paya Lebar Expressway (KPE), Seletar Expressway (SLE), Bukit Timah Expressway (BKE) dan Central Expressway (CTE).

Manakala di Orchard Central, sebatang pokok tumbang berdekatan stesen MRT Somerset, menghalang tiga daripada lima lorong kenderaan. Bagaimanapun tiada banjir dilaporkan di sekitar kawasan membeli-belah itu.

Sementara itu, ramalan cuaca perkhidmatan Meteorologi Agensi Alam Sekitar Kebangsaan berkata, hujan dan kilat dijangka melanda seluruh Singapura pada 8 hingga 11 pagi ini.

Hujan lebat Rabu lalu di sentral Singapura mengakibatkan kerugian jutaan dolar Singapura apabila berlaku banjir di tempat meletak kenderaan bawah tanah dan premis perniagaan.

Semalam, PUB mengumumkan perbelanjaan S$25,000 (RM58,160) bagi memasang lima jeriji perangkap sampah di Stamford Canal bagi mengelak kemungkinan berlakunya banjir di masa depan.

Kesemua jeriji itu dijangka siap dipasang hari ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan