Zamihan Pendusta - Mohd. Asri

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'.

Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'.

Bagaimanapun Mohd Asri membidas kenyataan tersebut dan mencabar Zamihan membuktikan kebenaran dakwaannya.

"Dalam buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemikian... sekadar yang ada ialah apa yang disebut oleh Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.

"Saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu, apa yang pasti jelas bahawa beliau telah memberikan taklimat yang dusta lagi bohong kepada pegawai keselamatan dan pucuk pimpinan tertinggi seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan sebuah portal berita hari ini, Zamihan berkata, pada pembentangan kepada pihak penguatkuasa dan wakil-wakil universiti itu, beliau hanya menyebut Mohd Asri sepemikiran dengan Wahabi.

Asas kenyataan beliau ialah berdasarkan buku tulisan Mohd Asri sendiri yang bertajuk Bid’ah: Istilah yang disalahfahami menyatakan pandangan bahawa sambutan Maulidurrasul sama dengan amalan orang Kristian.

Selain itu Mohd Asri turut mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan Zamihan terlibat dalam taklimat penting berkenaan.

"Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?," katanya.

Bagaimanapun Mohd Asri mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan pandangan serta mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berhubung sambutan Maulidur Rasul.

"Di sudut yang lain, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulid (Maulidur Rasul) seperti Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara? Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan.

"Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan