Polis Tidak Pernah Kaitkan Empat Tokoh Dengan Kumpulan Pengganas

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

"Sebenarnya pada 21 Jun lalu, ada dua taklimat...satunya diberikan oleh pihak Bukit Aman. Saya fikir taklimat ini adalah tepat dan tidak menimbulkan sebarang masalah dan saya akan mempertahankannya.

"Tetapi ada taklimat kedua. Ini yang saya dengar beberapa pihak mempersoalkannya kerana mengaitkan Ahli Parlimen, bekas menteri besar, mufti dan bekas mufti,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mahfuz dalam soalannya meminta supaya diberikan pejelasan berhubung dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin,; Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim terlibat dengan kumpulan pengganas.

Sementara itu, Saifuddin berkata beliau telah pun meneliti hujah yang dibuat oleh penyampai taklimat pada ketika itu dan mendapati ia tidak berasaskan kepada fakta kukuh. — BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan