Mayat Ketiga Kejadian Bot Pancung Karam Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Mayat ketiga kejadian bot pancung karam dalam cuaca buruk pada kedudukan kira-kira 12 batu nautika dari perairan Port Dickson ditemui pada kira-kira 2.50 petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Lima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapt Ibrahim Mohamad berkata mayat wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dikesan oleh helikopter APMM pada kedudukan 12 batu nautika dari perairan Port Dickson iaitu tidak jauh dari lokasi mayat kedua yang ditemui Selasa.

"Penemuan mayat ketiga ini memberikan kita petunjuk ada kemungkinan mangsa-mangsa lain yang masih hilang akan ditemui di kawasan yang sama," katanya kepada pemberita di sini.

Pada Selasa, dua orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun, mati lemas apabila sebuah bot pancung yang membawa 25 penumpang warganegara Indonesia karam dalam cuaca buruk pada kira-kira 3 pagi. Sebanyak 15 lagi penumpang dilaporkan hilang.

Ibrahim berkata berikutan keadaan laut bergelora, operasi mencari dan menyelamat oleh bot-bot kecil dari agensi penyelamat yang lain terpaksa dihentikan kecuali sebuah kapal besar milik APMM.

Katanya mayat wanita itu diturunkan dari helikopter di padang Politeknik Port Dickson untuk dibawa ke hospital daerah itu.

Sementara itu juruterbang helikopter APMM, Kolonel Rosni Aziz memberitahu Bernama, beliau dan krewnya berlepas dari Subang pada pukul 12.15 tengah hari untuk mencari mangsa-mangsa yang hilang.

"Semasa sedang mendaki ke ketinggian 400 kaki dari permukaan laut dan terbang selaju 90 knots, krew tiba-tiba ternampak mayat mangsa yang berada dalam keadaan terlentang," katanya.

Juruselam diturunkan untuk mengambil mayat wanita itu yang sudah mula mengalami proses pereputan, katanya.

Setakat ini, tiga mayat sudah ditemui dan 14 orang lagi masih hilang. Lapan lagi termasuk tekong bot pancung berkenaan terselamat dalam kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan