Cadangan Pembangunan Kg Baru Oleh MB Selangor Alternatif Baik Kepada Penduduk

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Cadangan mengenai pembangunan semula Kampung Baru yang akan dikemukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diharap dapat dilihat sebagai alternatif yang baik kepada penduduk kawasan itu.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Khalid berkata, cadangan itu mengambil kira penduduk Kampung Baru untuk menikmati pembangunan dan pada masa sama kekal sebagai pemilik tanah.

"Cadangan tersebut mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah, serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, cadangan tersebut yang telah pun dibuat 15 tahun lalu atas permintaan Kerajaan Pusat ketika itu, akan dibentangkan semula pada forum dengan penduduk pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Menurutnya, penduduk Kampung Baru dan wakil mereka termasuk Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) boleh memberi maklum balas dan pandangan mereka terhadap cadangan pembangunan itu nanti.

"Perlu dinyatakan di sini sebarang laporan yang menyatakan bahawa saya tidak akan mengambil kira pandangan MAS dalam isu pembangunan Kampung Baru adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Perbincangan akan disertai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali dan satu tarikh akan ditetapkan bagi mengadakan perjumpaan itu.

Tambahnya lagi, pelbagai pihak yang terlibat dengan pembangunan ini akan dijemput termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemaju yang mewakili kerajaan negeri.

“Walaupun Kampung Baru bukan di bawah kerajaan Selangor tetapi kampung itu mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Selangor.

“Sebagai Menteri Besar Selangor, saya tidak boleh berdiam diri atau menutup mata ketika penduduk Kampung Baru memerlukan bantuan dan berada di persimpangan untuk membuat keputusan,” katanya.

Katanya, isi kandungan cadangan pembangunan itu akan mengutamakan prinsip pentadbiran Kerajaan Selangor yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan