Azmin Ali Sahkan Letak Jawatan Lembaga Pengarah PKNS - Berita Semasa | mStar

Azmin Ali Sahkan Letak Jawatan Lembaga Pengarah PKNS

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuat kuasa semalam.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu menafikan perletakan jawatannya sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ia langsung tak ada kaitan dengan perkara itu," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang memetik sumber sebagai berkata bahawa antara sebab pengundurannya daripada PKNS kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan Abdul Khalid yang tidak merujuk kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Terbaru, sumber itu juga menyatakan bahawa Azmin turut tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid melantik Faekah Husin sebagai Setiausaha Politiknya bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Namun Azmin menyatakan tindakannya itu juga tiada kaitan dengan pemilihan PKR yang akan diadakan hujung tahun ini seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak.

"Saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR... saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya sudah memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut beliau lagi, pendirianya itu turut mengambil kira hasrat untuk memberi laluan kepada muka baru untuk memberi sumbangan kepada PKNS.

"Kita harus memberi peluang kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Tan Sri Khalid kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa sahaja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan