Protes: Pemuda Umno Bidas MTUC

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno membidas cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengadakan perarakan rasaksa di Putrajaya sekiranya Kabinet meluluskan Pindaan Undang-Undang Buruh oleh Kementerian Sumber Manusia pada Julai depan.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda pergerakan itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamad diingatkan supaya lebih bersikap bertanggungjawab dan tidak mempolitikkan isu ini demi kepentingan sesetengah pihak.

"Saya percaya, Kementerian Sumber Manusia mempunyai cara dan kaedah dalam menentukan situasi menang-menang antara majikan dan pekerja di sektor perkilangan di mana sehingga hari ini tiada satu pun tindakan yang diambil oleh kerajaan menekan mana-mana pihak terutamanya pekerja-pekerja di sektor perkilangan yang sebahagian besarnya merupakan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyaataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Syed Syahir dilaporkan berkata cadangan pindaan Akta Pekerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Pekerja 1959 tidak akan membela nasib pekerja dari pelbagai sudut termasuk isu gaji minimum dan pampasan terhadap pekerja dibuang kerja tanpa sebab munasabah.

Sehubungan itu beliau berkata, MTUC merancang mengadakan perarakan raksasa membabitkan 100,000 pekerja dari seluruh negara di Putrajaya, jika rancangan meminda undang-undang pekerja berkenaan diluluskan.

Bagaimanapun Nazir Hussin berkata, pihaknya bimbang sekiranya perarakan yang dirancang itu didalangi oleh kumpulan tertentu dan bukannya atas kehendak kesatuan pekerja kilang sendiri.

"Saya risau sekiranya ia berlaku bukan disebabkan atas kehendak kesatuan-kesatuan pekerja kilang kerana ianya mungkin didalangi oleh kumpulan-kumpulan yang suka mengadakan perhimpunan atau demontrasi sebagai jalan penyelesaian.

"Ini sememangnya bukan budaya kita di Malaysia dalam menyelesaikan masalah," katanya.

Menurut Nazir Hussin lagi, adalah tidak mustahil tindakan Syed Syahir itu bersandarkan kepada kepentingan politik peribadinya memandangkan beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Oleh yang demikian tidak mustahil jika beliau suka mempolitikkan serta memutarbelitkan segala isu demi kepentingan peribadi beliau atau untuk di jadikan modal politik pembangkang," katanya.

Beliau turut menasihatkan agar MTUC lebih bertanggungjawab dan bukan hanya membuat tindakan menolak segala cadangan atau pindaan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

"Kami akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Sumber Manusia bagi membincangkan mengenai apa juga pindaan yang akan diputuskan perlu diperhalusi agar pekerja-pekerja di sektor perkilangan memperolehi kebajikan seperti yang sepetutnya diterima dan tidak membebankan majikan di negara ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan