PNB Akan Buat Kajian Mengenai Pembangunan Semula Kampung Baru

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengurus dana terbesar Malaysia, akan menjalankan kajian terperinci mengenai cadangan kerajaan untuk membangunkan semula kawasan Kampung Baru.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata kajian itu bagi menentukan sama ada pembangunan semula itu akan memberi pulangan yang kompetitif berikutan cadangan kerajaan melantik PNB untuk membangunkan semula Kampung Baru itu.

"Kita kaji dulu," kata beliau kepada pemberita semasa ditanya mengenai cadangan kerajaan melantik PNB untuk membangunkan Kampung Baru.

Beliau ditemui selepas pengumuman pengagihan pendapatan ASN 2 di sini.

Kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemaju utama dalam melaksanakan pembangunan semula Kampung Baru.

Selain PNB, kerajaan juga menawarkan kepada dua lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad.

Tiga GLC ini dipilih kerana ia berpegang kepada kepentingan Bumiputera.

Pada 6 Feb, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembangunan semula Kampung Baru yang berkeluasan 122.93 hektar mengikut konsep yang tidak memerlukan pemilik dan penduduknya berpindah.

Beliau berkata penduduk dan pemilik tanah mempunyai hak menentukan bentuk pembangunan yang sesuai dengan keperluan mereka.

Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sebuah badan khas dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan demi kepentingan penduduk Kampung Baru.

Najib berkata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah diminta menyediakan kertas kabinet pembangunan semula itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan