Dr Rais Cadang Tubuh Suruhanjaya Pantau Aktiviti Perjudian Berlesen

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mencadangkan satu suruhanjaya dibentuk bagi memantau dan mengawal aktiviti perjudian berlesen di negara ini.

Katanya suruhanjaya itu boleh membantu kerajaan mengawal dan mengurangkan aktiviti perjudian haram seperti yang dilaporkan membawa pulangan berjumlah RM10 bilion setahun.

"Sekiranya lesen perjudian ini dapat dilaksanakan dengan betul mengikut peraturan tertentu, kita akan secara langsung dapat membanteras aktiviti perjudian haram," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Wartawan Indonesia, Sumatera Barat di Angkasapuri, hari ini.

Menurut Dr Rais, membenarkan pertaruhan sukan bukan sesuatu perkara baru jika hendak dibandingkan dengan pertaruhan lumba kuda dan ramalan nombor.

"Ia mesti dikawal...tidak boleh ada diskriminasi. Kita perlu objektif dan mengenal pasti hak sosial masyarakat bukan Islam di negara ini," katanya.

Katanya, hasil cukai daripada pertaruhan sukan, perlu disalurkan kepada kerajaan bagi membantu masyarakat bukan Islam di negara ini.

Sementara itu, mengenai pertemuan dengan delegasi Persatuan Wartawan Indonesia, Dr Rais berkata kementeriannya telah mencadangkan agar Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) diiktiraf sebagai badan berdaftar di kedua-dua negara.

"Setakat ini tidak ada badan yang kekal. Jadi, kami mencadangkan agar ISWAMI ini didaftarkan di bawah kuat kuasa undang-undang (Akta) Pertubuhan 1966 dan ini sudah dipersetujui. Bagi pihak Indonesia pula mereka akan mendaftarkan di bawah peraturan mereka.

"Dengan pendaftaran ini, maka kita bolehlah merancang program-program yang lebih konkrit," katanya.

Dr Rais turut mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia-Indonesia, menghidupkan semula peranan Jawatankuasa Pengistilahan Bahasa Melayu Indonesia.

Katanya, jawatankuasa berkenaan terlibat dalam merancang istilah atau terma bahasa yang boleh dipakai oleh kedua-dua pihak.

"Apa kata kita semarakkan kembali jawatankuasa ini dan cari jalan bagaimana pembahasaan dan pembudayaan bahasa kita dapat kita juruskan pada peringkat yang lebih indah dan lebih produktif.

"Kalau 300 juta manusia bercakap satu bahasa, saya kira berbunyi juga dentum guruh di langit. Kalau kita tidak ambil peluang ini, bermakna kita mengalah kepada Perancis dan Rusia, sedangkan kita mempunyai pengucap yang begitu ramai. Ini adalah pandangan saya untuk generasi pada masa hadapan," katanya.

Seramai 12 orang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan agensi berita dan akhbar di Sumatera Barat, Indonesia hadir pada pertemuan itu yang antara lain membincangkan program usahasama antara Malaysia-Indonesia dalam bidang kewartawanan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan