Dividen 5.20 Sen Untuk ASN2

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 5.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2010, melibatkan RM11.2 juta dalam jumlah pembayaran.

Sebanyak 9,237 pemegang unit, yang memiliki 215 juta unit, akan mendapat faedah daripada pembayaran berkenaan.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ASN2 menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2010 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Ini seiring dengan prestasi ekonomi negara dan bursa tempatan yang menggalakkan yang menyaksikan indeks FBM KLCI melonjak 24.19 mata kepada 1,075.24 pada Isnin," kata beliau pada sidang media di sini.

Sehingga Isnin, ASN2 mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM18.47 juta, meningkat 70.54 peratus daripada RM10.83 juta pada tahun kewangan sebelumnya, kata beliau.

Daripada jumlah berkenaan, keuntungan daripada jualan saham sebanyak RM11.46 juta, RM5.66 juta was diperoleh daripada syarikat dilabur dan RM1.35 juta diperoleh daripada pelaburan lain, katanya.

Sementara itu, semua urus niaga ASN2 akan digantung mulai hari ini hingga 30 Jun bagi memudahkan pengiraan dividen. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan