Dewan Rakyat: Kerajaan Beri Fokus Serius Basmi Kemiskinan Di Luar Bandar

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kerajaan memberikan fokus yang serius terhadap usaha membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata pelbagai projek telah dilakukan kerajaan bagi membantu meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan itu.

"Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan negara dan telah meletakkan sasaran pengurangan kemiskinan kepada tahap 2.8 peratus pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Secara dasar, langkah-langkah utama telah diambil bagi menangani isu kemiskinan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak seperti memberikan tumpuan ke arah meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan sasar melalui Program Peningkatan Pendapatan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata sejumlah RM115.64 juta diperuntukan menerusi RMK-9 kepada Sabah dan Sarawak bagi membiayai pelaksanaan projek yang boleh menjana pendapatan kumpulan sasar yang miskin.

Entulu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe yang ingin tahu langkah yang telah diambil untuk membasmi kemiskinan di luar bandar khususnya yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan juga memperuntukan sejumlah RM37.79 juta menerusi perlaksanaan kursus latihan kemahiran di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi melatih kumpulan miskin dan miskin tegar di kedua-dua negeri berkenaan.

"Selain itu, langkah lain ialah menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa di bawah Program Bantuan Rumah," katanya.

Entulu berkata bagi tujuan itu, kerajaan meletakkan sasaran untuk membina 24,221 unit di Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun bermula 2010 hingga 2012 dengan unjuran kos pembangunan berjumlah RM682.44 juta.

Kerajaan katanya akan tetap meneruskan strategi pembangunan tanah yang bersepadu bagi tujuan melonjakkan ekonomi di kawasan yang mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi di luar bandar menerusi Projek Lonjakan Mega yang berkonsepkan Agropolitan.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 95 peratus bagi penerimaan bekalan elektrik dan 90 peratus bagi bekalan air bersih akan dapat dinikmati oleh masyarakat luar bandar pada akhir tahun depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan