Belum Ada Kes Tidak Hadir Kerja Kerana Piala Dunia - Kesatuan Sekerja

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:'Demam' Piala Dunia 2010 yang melanda sekarang belum menjejaskan kehadiran atau prestasi pekerja di negara ini, kata beberapa kesatuan sekerja.

Bagaimanapun mereka menjangkakan keadaan mungkin berubah apabila kejohanan yang berlangsung di Afrika Selatan itu menamatkan saingan peringkat kumpulan pada minggu ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G. Rajasegaran berkata berdasarkan satu kajian oleh kesatuan itu, rata-rata majikan gembira kerana kehadiran pekerja mereka seperti biasa sekalipun Piala Dunia sedang berlangsung.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Rajasegaran berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan majikan melaporkan tahap pengeluaran adalah seperti biasa.

"Tidak ada kes sengaja tidak hadir bekerja kerana menonton perlawanan pada lewat malam," katanya.

Beliau berkata keadaan itu mungkin disebabkan rakyat masih dapat menonton perlawanan secara langsung kerana masanya kebetulan selepas habis waktu bekerja.

"Mungkin apabila pertandingan semakin menghampiri peringkat akhir rakyat akan lebih teruja dan ini mungkin menjejaskan kehadiran di tempat kerja," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun kajian mendapati para majikan bersedia menghadapi situasi tersebut.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin berkata pihaknya juga belum menerima aduan mengenai penjawat awam ponteng kerja kerana menonton Piala Dunia.

Pada saingan peringkat kumpulan, rakyat di negara ini berpeluang menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung pada pukul 7.30 malam, 10 malam dan 2.30 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun apabila pertandingan memasuki pusingan kalah mati dan peringkat suku akhir, perlawanan berlangsung pukul 10 malam dan 2.30 pagi waktu Malaysia, manakala perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir pula berlangsung pukul pukul 2.30 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan