Ahli Parlimen Cadang Kekalkan Gerbang Penjara Pudu

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pintu masuk utama dan sebahagian daripada tembok Penjara Pudu yang menghadap Jalan Hang Tuah perlu dikekalkan sejajar dengan kedudukannya sebagai bangunan bersejarah di negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata, masih belum terlambat untuk pemaju yang bertanggungjawab membangunkan tapak berkenaan iaitu UDA Holdings Berhad (UDA) mengambil langkah berkenaan memandangkan hingga kini hanya sebahagian tembok yang menghadap Jalan Pudu dirobohkan.

"UDA Holding boleh mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengekalkan pintu masuk utama dan juga sebahagian daripada tembok yang menghadap Jalan Hang Tuah.

"Dalam Kuala Lumpur sangat sukar untuk kita cari bangunan yang berusia melebihi 100 tahun, jadi langkah mengekalkan sebahagian daripada struktur Penjara Pudu untuk tatapan generasi akan datang adalah langkah yang paling tepat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini semalam.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.

Katanya lagi, kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1891 di tanah seluas 10 hektar.

Bermula kelmarin, tepat pukul 10 malam, kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya sepanjang kira-kira 300 meter.

Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.

Selain itu, Kui Lun berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya sebahagian daripada struktur penjara berkenaan dikekalkan.

"Saya akan membuat rayuan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail tetapi langkah ini mungkin sudah terlambat memandangkan kelulusan sudah diberikan oleh DBKL kepada UDA untuk membangunkan projek berkenaan.

"Jika Datuk Bandar membatalkan kelulusan ini, DBKL sudah pasti terpaksa membayar pampasan berjuta-juta ringgit kepada UDA," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan