14 Banduan Akhir Diberi Pengampunan

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bagi tempoh 2000 hingga 2009, seramai 14 banduan akhir yang dijatuhi hukuman mati telah diberi pengampunan.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, dua daripada mereka dibebaskan serta-merta oleh Jemaah Pengampunan Negeri.

"Terdapat tujuh banduan telah diringankan dari hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hayat.

"Selain itu empat lagi banduan telah diringankan dari hukuman mati kepada hukuman penjara 20 tahun," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Karpal dalam soalannya meminta Hishammuddin menyatakan bilangan banduan akhir dalam negara di penjara yang memperoleh keampunan dalam jangkamasa 10 tahun dan sifat kepada keampunan tersebut.

Berdasarkan Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan akhir atau banduan hukuman mati boleh mengemukakan petisyen atau rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri di mana kesalahan berkenaan dilakukan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan