Tian Chua Berhasrat Fail Rayuan

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhasrat memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada minggu hadapan berhubung keputusan dua mahkamah yang memutuskan beliau bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis, kata peguamnya Ranjit Singh.

Pada 22 Oktober tahun lepas, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 48, dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu bagi kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan.

Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha mengenepikan hukuman tersebut dan menggantikannya dengan hukuman denda RM2,000 dan jika gagal penjara dua bulan atas alasan mahu mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Tian Chua didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Konstable Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi di jalan masuk ke Bangunan Parlimen, di sini.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu selepas Rosyaidi menahan kereta yang dinaiki Tian Chua dan menariknya keluar.

Keputusan Ghazali itu menimbulkan persoalan sama ada nilai RM2,000 termasuk dalam peruntukkan ‘tidak kurang RM2,000’.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan.

Semalam Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga semua hak-hak perundangan Tian Chua termasuk proses rayuan selesai.

Justeru itu, Tian Chua boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika Dewan Rakyat meluluskan usul peyingkirannya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan