PKR Mungkin Lakukan Rombakan

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.

Beberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti.

"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.

Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat, akan diberi peranan lebih besar.

Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti.

Terdapat desas-desus bahawa Ketua Komunikasi Parti, Jonson Chong akan diganti dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan