Permohonan Pasport Boleh Dibuat Di Kaunter JPN - Berita Semasa | mStar

Permohonan Pasport Boleh Dibuat Di Kaunter JPN

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak lama lagi akan dijadikan sebagai Kaunter Gunasama bagi membolehkan orang ramai membuat permohonan pasport dengan Jabatan Imigresen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata projek perintis kaunter itu akan dilakukan di pejabat cawangan JPN di Puchong, Kepong dan Gombak.

Katanya langkah itu merupakan antara usaha penambahbaikan proses dan prosedur kerja agensi dan jabatan dalam kementerian yang sedang dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Di samping itu, ia bagi mengelak berlakunya penyelewengan dan kelemahan tertentu," katanya pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Katanya usaha sedang diambil untuk menambah sistem online bagi semua jabatan dan agensi kementerian.

"Dalam hal ini, jabatan dan agensi berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan sistem sedia ada ditambah baik dan dipertingkatkan," katanya.

Lee berkata pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk mengurangkan jenayah termasuk mengaktifkan semula bandar selamat yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan panas.

Katanya selain itu, pelancaran "Balai League Table" akan dilakukan di KLCC pada masa terdekat.

"Inisiatif ini bertujuan menilai prestasi balai-balai polis berdasarkan kriteria ditetapkan seperti kejayaan pengurangan kadar jenayah di bawah jagaan balai tersebut," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan