Pemuda Umno Setuju PMR Dimansuhkan, Tetapi Mahu UPSR Kekal

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini menyambut baik cadangan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan namun berharap kerajaan mempertimbangkan semula cadangan menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu berpandangan UPSR perlu dikekalkan kerana peperiksaan tersebut penting bagi mengukur kebolehan murid pada peringkat sekolah rendah selepas enam tahun pembelajaran.

"PMR pula tidak perlu dikekalkan kerana ia bertindih dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang turut digunakan bagi mengukur tahap pencapaian pelajar di sekolah menengah.

"Langkah ini adalah selaras dengan amalan sistem pendidikan di negara-negara asing yang hanya mempunyai dua peperiksaan bagi peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lepas yang membayangkan kemungkinan kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan bagi memberi pendidikan yang lebih holistik dan tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, bagaimanapun kerajaan perlu merangka semula UPSR dan SPM termasuk meningkatkan kualiti bentuk soalan yang dikemuka.

"Cara soalan ditanya harus ditukar dengan tumpuan diberikan bagi melatih pelajar supaya berfikir dan bukan sekadar menghafal fakta sejarah dan perangkaan semata-mata," katanya.

Selain itu, Khairy juga berkata, sudah sampai masanya sistem pendidikan di negara ini dirombak secara menyeluruh dan bukan sekadar merombak perkara-perkara tertentu seperti memansuhkan UPSR dan PMR.

"Kita tidak boleh membuat rombakan sedikit demi sedikit atau sekadar untuk menampal lubang sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan