Mohamed Satim Tak Hadir Mesyuarat Pengurusan Umno Selangor

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Desas-desus mengenai Setiausaha Umno Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman akan melepaskan semua jawatan politiknya semakin kuat apabila beliau tidak hadir pada mesyuarat pengurusan Badan Perhubungan Umno negeri malam tadi.

Ketidakhadirannya itu menguatkan lagi spekulasi yang mendakwa beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas selesai mesyuarat pada pukul 12.30 malam tadi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Mohamed Satim telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

“Bukan sahaja dia (Mohamed Satim), Bendahari, Datuk Iskander Fakeh Md Mansor dan Ketua Pemuda, Shuhaimi Mohd Ghazali juga tidak dapat hadir kerana mereka berdua berada di luar negara.

“Kita adakan mesyuarat pengurusan setiap minggu, bukan semua yang boleh hadir. Ini perkara biasa,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai mesyuarat pengurusan Umno Selangor selama empat jam di Bangunan Umno Negeri malam tadi.

Terdahulu, usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Mohamed Satim mengenai peletakan jawatannya turut menemui jalan buntu kerana beliau enggan menjawab panggilan mahupun membalas SMS yang dihantar.

Semalam Noh dilaporkan berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Mohamad Satim berhubung khabar angin yang mengatakan beliau akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, pada mesyuarat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus peletakkan jawatan Mohamad Satim.

Noh berkata isu yang dibincangkan pada mesyuarat itu tertumpu kepada persiapan mengenai mesyuarat bahagian Umno Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Kita bincang pasal mesyuarat Umno Bahagian, itu sahaja. Tak bincang pasal letak jawatan,” katanya.

Khamis lalu, beberapa laman blog termasuk blog Gerakan Anti PKR (GAP) mendakwa Mohamad Satim bersedia melepaskan semua jawatan politiknya kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan