Majlis Daerah Di Kelantan Dinaiktaraf Sebagai Majlis Perbandaran Islam

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: Semua Majlis Daerah di negeri ini akan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran Islam walaupun ia belum mencapai tahap Majlis Perbandaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan semua majlis daerah sebagai majlis perbandaran yang berteraskan Islam.

"Walaupun belum capai tahap sebagai sebuah majlis perbandaran, kerajaan negeri tiada halangan jika majlis daerah dinamakan sebagai Majlis Perbandaran Islam," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menjawab soalan Tuan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok), beliau berkata sebagai permulaan Majlis Daerah Ketereh telah mendapat gelaran baru iaitu Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beberapa majlis daerah lain juga telah menyatakan hasrat untuk dinamakan sebagai Majlis Perbandaran Islam antaranya Majlis Daerah Bachok yang bakal menjadi Majlis Perbandaran Pelancongan Islam, katanya.

Takiyuddin berkata antara langkah bagi memenuhi kriteria sebagai majlis perbandaran berasaskan Islam ialah membina prasarana yang mendorong manusia mengingati Islam, persekitaran mesti berada dalam keadaan bersih dari segi fizikal dan spiritual dan menyediakan infrastruktur ke arah perkembangan ilmu seperti masjid dan pondok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan