Keputusan Muktamad Tukar Tanah Malaysia-Singapura September

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju bahawa keputusan muktamad mengenai pertukaran tanah melibatkan kedua-dua negara dibuat dalam tempoh tiga bulan dari hari ini.

Ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, selepas satu perbincangan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada sidang akhbar bersama selepas itu, Najib berkata bahawa dalam tempoh itu, beliau berharap dapat berkunjung ke Singapura bagi memuktamadkan isu berhubung Perkara-perkara Yang Dipersetujui (POA).

Katanya Lee, telah mengemukakan cadangan yang khusus berhubung tawaran pertukaran tanah untuk dipertimbangkan oleh Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada beliau kerana membuat tawaran itu dan saya telah memberitahu beliau mengenai pendirian kita bahawa kita akan menelitinya, dan kami berdua bersetuju bahawa keputusan mengenai pertukaran tanah itu, diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang," katanya.

Lee tiba hari ini untuk lawatan sehari.

Bulan lepas, kedua-dua negara bersetuju supaya stesen kereta api di Tanjung Pagar, Singapura, milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, dipindahkan ke Woodlands.

Malaysia dan Singapura bersetuju supaya tanah di Tanjung Pagar itu dimajukan secara bersama.

Kenyataan bersama itu menyebut bahawa Najib dan Lee telah mengadakan satu perbincangan yang berhasil serta mendapat maklumat balas awal berhubung tawaran pertukaran tanah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan