Penjara Pudu Tak Sesuai Dijadikan Tapak Warisan

Diterbitkan: Isnin, 21 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun usianya melebihi 100 tahun, Penjara Pudu tidak akan dijadikan tapak warisan kerana tempat itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

"Keduanya ia tidak sesuai dijadikan tapak warisan walaupun usianya telah lama," katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat membina muzium di tapak Penjara Pudu.

Awang Adek berkata muzium sejarah tidak akan dibina di tapak penjara tersebut dan kerajaan akan meneruskan perancangan pembangunan seperti yang telah diputuskan.

Penjara Pudu terletak di Jalan Hang Tuah dibina pada tahun 1891 di tanah seluas 10 hektar. Pembinaanya dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok Penjara Pudu sepanjang 300 meter akan dirobohkan tepat 10 malam ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan.

Penjara Pudu telah ditutup secara rasmi pada tahun 1996 apabila penjara baru di Sungai Buloh siap.

Menjawab soalan asal Fong berhubung butiran pembangunan UDA Holdings Berhad (UDA) di atas tapak bekas penjara itu dan bagaimana agihan lot-lot perniagaan dibuat, Awang Adek berkata pembangunan itu dibahagikan kepada enam plot di mana pembinaan akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun.

"Pihak UDA akan membina projek pembangunan bercampur yang menempatkan pusat transit, apartmen, pejabat, pusat rekreasi, hotel dan ruang perniagaan," katanya.

Awang Adek berkata agihan bagi lot-lot perniagaan dari keseluruhan pembangunan merangkumi 40 peratus untuk unit kediaman dan 60 peratus untuk tujuan komersil yang merangkumi pejabat, perniagaan dan hotel.

Sebahagian besar ruang komersil itu akan dimiliki oleh UDA dan akan dibuka untuk disewakan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan