KDN Mohon RM8.5 Bilion Dalam RMK-10

Diterbitkan: Isnin, 21 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memohon peruntukan kira-kira RM8.5 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian telah menerima permohonan sebanyak 552 projek daripada jabatan dan agensinya, iaitu 119 projek bernilai RM1.1 bilion adalah projek sambungan manakala 433 projek bernilai RM7.3 bilion adalah projek baru.

"Semua projek sambungan adalah daripada projek RMK-9 yang masih dalam pelaksanaan dan tempoh pelaksanaannya menjangkau RMK-9 atau dalam proses memuktamadkan bayaran akhir," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan untuk keseluruhan RMK-10 di mana RM92 bilion atau 40 peratus daripada peruntukan RMK-10 disalurkan bagi pembangunan bukan fizikal manakala RM138 bilion atau 60 peratus diperuntukkan bagi pembangunan fizikal.

Hishammuddin berkata, daripada jumlah peruntukan yang dipohon itu, 46 peratus bagi membiayai projek Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (24), Jabatan Penjara (7), Agensi Antidadah Kebangsaan (6), Jabatan Pendaftaran Negara (5) dan bakinya adalah untuk Agensi/Jabatan Rela, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan ibu pejabat KDN.

Katanya, pelaksanaan projek-projek itu kelak adalah selari dengan apa yang digariskan di bawah konsep 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan yang antara lain akan turut memberi penekanan terhadap pewujudan pusat-pusat latihan, kuarters, balai-balai baru dan sebagainya.

"Projek-projek KDN yang telah dikenal pasti ini juga adalah selaras dengan usaha untuk memastikan bahawa Model Baru Ekonomi (MBE) dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, berteraskan hasrat agar kita dapat memastikan pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia tidak mempunyai kemusykilan atau risau dari aspek keselamatan kerana KDN akan memastikan keselamatan negara terjamin," katanya.

Katanya, satu mesyuarat berhubung RMK-10 yang melibatkan pegawai-pegawai di peringkat kementerian telah diadakan petang ini bagi membincangkan dan memperhalusi kaedah dan strategi untuk memastikan daripada segi kaedah bagi KD Nmenyegerakan pelaksanaan projek selepas ia diluluskan.

"Saya telah mengarahkan agar selepas dari mesyuarat peringkat tertinggi di peringkat kementerian ini diadakan, mesyuarat yang seumpamanya perlu diadakan di peringkat negeri dan daerah.

"Untuk memastikan segala pelaksanaannya kelak berjalan dengan lancar, saya akan turun sendiri, bergerak dari satu negeri ke satu negeri dan daerah-daerah untuk mendapatkan maklum balas daripada para pegawai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan