Karpal: Kes Tian Chua Sangat Jelas, Mudah

Diterbitkan: Isnin, 21 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) hari ini terus mempertahankan hujah dan pendiriannya bahawa kerusi Parlimen Batu perlu diisytiharkan kosong walaupun Tian Chua (PKR-Batu) adalah rakan Pakatan Rakyat.

"Saya bukannya hendak membelakangkan Pakatan. Saya tidak boleh bercakap bohong hanya semata-mata kerana dia seorang daripada anggota Pakatan. Saya bercakap apa yang undang-undang kata...itu saja," kata Karpal kepada para wartawan di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Isu mengenai status Tian Chua menjadi perdebatan ramai ekoran keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 ke atasnya selepas didapati bersalah mengigit seorang penjawat awam yang bertugas.

Karpal berhujah, di bawah Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, kelayakan seorang ahli Parlimen gugur jika beliau dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat keampunan.

"Ya, Yang Arif hakim mempunyai niat yang baik untuk menyelamatkan kerusi tersebut daripada diadakan pilihan raya kecil tetapi niatnya itu sudah tidak relevan lagi," ujar Karpal.

Ini kerana katanya, hakim tersebut tidak boleh menarik semula keputusannya itu.

Bagaimanapun kata Karpal, Tian Chua telah pun membuat rayuan ke atas kesnya itu.

Karpal turut menegaskan sebenarnya Dewan Rakyat tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada kerusi Batu perlu dikosongkan atau sebaliknya.

"Jika Dewan Rakyat campur tangan, ia akan bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa dalam sebuah sistem demokrasi. Ia juga tidak wajar diperbahaskan. Bagaimana kita hendak berbahas keputusan mahkamah?," tanya Karpal.

Karpal juga merasa pelik mengapa kes Tian Chua ini menjadi satu isu besar kerana ia adalah satu kes yang jelas dan nyata.

"Sangat jelas dan nyata...jika saya hendak jual anjing saya pada harga tidak kurang dari RM2,000, ia bermakna harga yang saya letak ialah RM2,000 dan ke atas," bukankah begitu, tanya Karpal.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan