Tukar Nama Jln Ampang Kepada Jln Tun Mahathir - Umno Cheras

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tertarik melihat gambar Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang ketika itu berusia 18 tahun bersalaman dengan suami beliau Tun Dr Mahathir Mohamed, pada cenderamata yang disampaikan oleh Syed Ali sempena majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno bahagian Cheras di sini hari ini. Turut hadir Ketua Wanita Umno bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Bakar (kanan).-Foto BERNAMA.
Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tertarik melihat gambar Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang ketika itu berusia 18 tahun bersalaman dengan suami beliau Tun Dr Mahathir Mohamed, pada cenderamata yang disampaikan oleh Syed Ali sempena majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno bahagian Cheras di sini hari ini. Turut hadir Ketua Wanita Umno bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Bakar (kanan).-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Jalan Ampang di sini dicadangkan supaya ditukar nama kepada Jalan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghargai jasa bekas perdana menteri ini yang menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun.

Cadangan dibuat oleh Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Kita ada Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak, Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Tun Razak. Kita ada Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Tun Hussein Onn.

"Tidak terfikirkah tentang Tun (Dr Mahathir), 22 tahun (menjadi perdana menteri)," katanya semasa berucap pada persidangan perwakilan Umno bahagian Cheras di sini hari ini.

"Tun (Dr Mahathir Mohamad) mahu atau tidak, setuju atau tak setuju, kita sebagai rakyat serta pemimpin negara harus mengenang jasa beliau," tambahnya.

Mesyuarat bahagian tersebut dirasmikan oleh isteri bekas perdana menteri itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mewakili Dr Mahathir.

Syed Ali berkata beliau pernah mengutarakan cadangan itu di Dewan Negara sebaik selepas Dr Mahathir bersara dahulu.

Selain itu beliau juga mencadangankan agar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir-Hasmah.

Pada sidang akhbar kemudiannya Siti Hasmah menghargai cadangan Syed Ali itu.

"Tetapi jika dibentang kepada Tun Dr Mahathir, dia mesti geleng kepala. Tapi terpulanglah, bagi kami berdua, tak payahlah. (Tetapi) kalau (itu cara) orang nak mengingati kami seperti yang Syed Ali cakap tadi, terpulanglah saya tak dapatlah nak komen," katanya.

Beliau juga berkata Dr Mahathir demam dan meminta beliau menggantikan tempatnya. Dr Siti Hasmah berkata ini merupakan kali pertama beliau merasmikan mesyuarat Umno di mana ia merupakan pengalaman baru baginya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengakui sering mengikuti suaminya menghadiri pelbagai acara sehingga dikatakan seperti belangkas.

"Bukan sebab apa-apa. Bukan sebab cemburu dan mahu memerhatikan kelakuan dan aktivitinya, tetapi sebagai isteri memang hati itu akan bimbang berkenaan kesihatan beliau," kata Dr Siti Hasmah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan