Serai, Daun Limau Purut Dibawa Masuk Dari Negara Luar - Berita Semasa | mStar

Serai, Daun Limau Purut Dibawa Masuk Dari Negara Luar

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Banyak sumber tempatan yang boleh diusahakan secara komersil telah diabaikan sehingga menyebabkan berlakunya pengimportan sumber yang sama dari luar bagi menampung keperluan negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Koperasi Negeri, Sabry Ahmad.

Antaranya ialah seperti serai dan daun limau purut yang banyak dibawa masuk dari Thailand untuk keperluan dalam industri makanan tempatan, katanya pada majlis penyerahan bantuan kepada usahawan tani di sini hari ini.

Bantuan yang diberikan termasuk motosikal tiga roda, mesin tebu, mesin memproses ayam, mesin memproses santan, peralatan membuat kueh dan gerai mudah alih.

"Serai begitu mudah hidup di tempat kita begitu juga dengan limau purut. Tapi kita masih mengimportnya sedangkan kita berupaya mengusahakannya," kata Sabry sambil berkata, banyak lagi sumber yang boleh dikomersilkan bagi mengurangkan kegiatan pengimportan.

Sehubungan itu beliau berharap ada kumpulan usahawan tani yang mengkomersilkan sumber-sumber tempatan seperti itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan