Pulangkan Pingat: Pemuda Umno Beri Amaran Kepada Jui Meng

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mengingatkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng supaya berhenti menuduh parti itu sebagai dalang sehingga menyebabkan beliau dititahkan memulangkan pingat kebesaran kepada Istana Johor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamauddin menegaskan, Jui Meng perlu berhenti dari membuat tuduhan liar itu kerana Istana Johor telah pun menyatakan bahawa tindakan itu adalah hak mutlak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Saya harap beliau berhenti membuat tuduhan kerana kuasa Sultan mengatasi politik. Perbuatannya sebenarnya menghina Istana Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini semalam.

Beliau mengulas pendirian Jui Meng yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini yang tetap mendakwa bahawa tindakan Istana Johor mengarahkan semua pingatnya dipulangkan didalangi Umno.

Pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR pagi semalam, beliau memberitahu akan mengembalikan bukan sahaja dua tetapi kesemua tiga darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya kepada Istana Johor sambil menegaskan semua ini gara-gara tindakan Umno.

Katanya, selain darjah kebesaran Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ), yang kedua-duanya membawa gelaran “Datuk”, beliau turut menerima Pingat Ibrahim Sultan (PIS) oleh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ketika beliau berkhidmat dengan kerajaan.

Beliau dimaklumkan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli mengenai penarikan balik darjah kebesaran itu menerusi telefon pada 8 dan 10 Jun manakala surat rasmi mengenainya dikirimkan kepadanya pada 15 Jun.

Dalam pada itu, Khairy memberitahu, pergerakan itu berhasrat menyertai mana-mana misi ke Palestin pada masa depan.

Katanya, selepas peristiwa rampasan dua kapal konvoi Flotila Pembebasan iaitu Mavi Marmara dan Rachel Corrie di perairan antarabangsa tidak jauh dari Gaza baru-baru ini menaikkan semangat Pemuda Umno untuk turut sama membantu Palestin secara langsung.

"Saya terima banyak telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang bertanyakan bila pula Pemuda Umno mahu ke Gaza kerana ramai yang berminat.

"Tapi saya juga ingatkan mereka bahawa misi ke Gaza bukan untuk bercuti tetapi ia adalah misi kemanusiaan yang amat penting dan besar ertinya," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan