Pemilihan Mohd Bakee Tidak Dibuat Tergesa-Gesa: Najib

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam pemilihan Datuk Mohd Bakke Salleh untuk jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd yang baharu tidak dibuat secara tergesa-gesa.

Perdana Menteri berkata bagi pemilihan itu, proses penilaian dalaman dan oleh pihak tertentu yang ketiga telah dilakukan. Beliau berkata berdasarkan pengalaman dan rekod, Mohd Bakke berkemampuan memulihkan Sime Darby.

"Jadi saya nafikan (pemilihan) dibuat cara tergesa dan saya harap semua pihak beri peluang untuk Mohd Bakke menjalankan tugas kerana bukan mudah menyelesai dan memulih keadaan di Sime Darby," katanya kepada pemberita ketika ditanya tentang dakwaan kononnya pemilihan Mohd Bakke dibuat tergesa-gesa.

Terdahulu, Najib merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib berkata pemilihan ini dilakukan dalam proses lembaga Sime Darby dan lembaga itu telah menggunakan pihak-pihak tertentu untuk menentukan tahap profesional.

"Ada beberapa nama shortlisted (disenarai pendek) dan lembaga pengarah berpendapat inilah nama top of list (teratas dalam senarai) untuk ambil alih Sime Darby," katanya.

"Kita tak boleh biarkan kekosongan di sana tergantung terlalu lama. Kalau tidak diisi nanti orang kata lembaga pengarah tak decisive (tegas) tapi kalau isi cepat dia pusing balik dia kata tergesa-gesa. Sebenarnya tidak tergesa-gesa," kata Najib.

Mohd Bakke, 56, pernah bekerja dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan termasuk Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Felda Holdings Bhd. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan