Notis Pilihan Raya Tiga Bulan Tidak Pernah Dilakukan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kerajaan tidak pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak pernah kita bagi tiga bulan, tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan dan tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas itu kelmarin.

Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan meminta kerajaan Barisan Nasional menunaikan tempoh itu berdasarkan kepada sebuah kerajaan demokrasi, yang seharusnya menyediakan ruang serta peluang kepada kesemua parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Terdahulu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib juga ditanya pendapat pelbagai pihak mengenai kedudukan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan kedudukan kerusi Parlimen Batu yang dipegangnya selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

"Kita nak tengok dia punya intepretasi, sebab ada dua intepretasi sekarang ini. Kalau kita tengok pada keputusan yang dibuat hakim ia mirip untuk tidak diadakan pilihan raya kecil sebab dia kata pilihan raya kecil ini membazir dari segi kewangan rakyat dan sebagainya.

"Bagaimanapun nanti kita tengok kaedah terbaik selesai perkara ini. Kita kena tengok macam mana tafsiran perlembagaan kita dan cara penyelesaiannya yang terbaik," katanya.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerusi parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Anggota Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai cadangan bangunan Parlimen baru, Najib berkata kerajaan belum membuat apa-apa keputusan dan kerajaan juga sedar perkara ini melibatkan wang rakyat.

"Terlalu awal bagi saya kata apa dia keputusan. Biar kita kaji dulu macam-macam cadangan (yang ada)," katanya.

Perdana Menteri berkata yang menjadi masalahnnya ialah bangunan Parlimen sedia ada ini sudah terlalu lama.

"Kita ada dua pilihan. Maknanya kalau kita pulih bangunan Parlimen (kita) kekal di situ dan kita pindah sementara kerja pemulihan dilakukan," katanya.

Menjawab satu soalan mengenai pertaruhan judi sukan, Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan