Kesatuan Pekerja Tolak Cadangan Pinda Undang-undang Buruh

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta semua kesatuan sekerja dan pekerja di negara ini menolak cadangan Pindaan Undang-Undang Buruh 2010 oleh Kementerian Sumber Manusia yang didakwa menindas golongan itu.

Presidennya Syed Shahir Syed Mohamud berkata pindaan itu tidak akan membela nasib pekerja dalam pelbagai sudut, termasuk isu gaji minimun dan bayaran pampasan terhadap pekerja yang hilang pekerjaan bukan akibat kecuaian mereka.

Beliau difahamkan bahawa antara akta yang akan dipinda termasuk Akta Pekerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Pekerja.

"Perlindungan pekerja di negara ini yang terdapat pada masa inipun sangat minimum, jadi sekiranya ada lagi pindaan yang akan dibuat, maka nasib pekerja tidak akan terbela dan terus terabai," katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Perdana Pekerja Tolak Cadangan Pindaan Undang-Undang Buruh Kementerian Sumber Manusia 2010 di sini.

Syed Shahir berkata pihaknya akan menjalankan kempen memberi penerangan kepada semua pekerja supaya pindaan itu tidak dilaksanakan.

"Apa yang kita maklum pindaan Undang-Undang Buruh itu mahu dibuat pada bulan Julai, dan sekiranya ia terjadi, maka tidak mustahil sehingga 100,000 pekerja akan menyertai perhimpuan raksasa itu demi memperjuangkan hak sebagai pekerja," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan