Kelantan Lantik 13 Timbalan Exco Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan, hari ini melantik 13 Timbalan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk meringankan beban tugas anggota Exco biarpun ia akan menambahkan defisit kewangan kerajaan negeri berikutan pertambahan jawatan itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatan timbalan exco baru itu yang diwujudkan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Pelantikan timbalan exco itu juga kerana Exco yang ada bukan sahaja bertanggungjawab mentadbir kerajaan negeri tetapi perlu juga menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing, kata beliau.

"Menyedari hakikat inilah kerajaan negeri terpaksa mewujudkan jawatan Timbalan Exco terdiri daripada wakil rakyat bagi membantu tugas Exco yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan Timbalan-timbalan EXCO itu di sini, petang ini.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, ketika pembentangan bajet negeri, Kerajaan Negeri Kelantan dianggar mengalami bajet defisit sebanyak RM29.50 juta pada tahun ini dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM416.88 juta berbanding hasil yang dianggar berjumlah RM387.38 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata defisit bagi tahun 2010 dijangka berjumlah RM29.50 juta berbanding defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata Kelantan akan terus mengalami defisit belanjawan selagi negeri itu gagal mencari punca hasil baru bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.

Nik Abdul Aziz berkata tiga Exco mempunyai dua timbalan memandangkan skop portfolio yang disandangnnya besar dan luas iaitu Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, yang dipergerusikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa; Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, yang dipengerusikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Exco lain yang mempunyai seorang timbalan ialah Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri dipengerusikan Dr Mohd Fadzli Hassan; Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi; Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar, Jawatankuasa Perumahan, Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar Mohd Anizam Abdul Rahman serta Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Sukan Negeri Abdul Fatah Mahmood.

Nik Abdul Aziz berharap dengan pelantikan jawatan timbalan itu akan melincinkan lagi pentadbiran negeri di samping dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap.

Sementara itu, besan Nik Abdul Aziz, Abdul Fatah Harun Adun Bukit Tuku dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Peracangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Pelantikan Rohani Ibrahim (Adun Tanjong Emas) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri pula menjadikan jumlah Adun wanita PAS memegang jawatan exco di dalam kerajaan negeri selepas pilihan raya umum 2008 kepada dua orang.

Timbalan exco lain ialah Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir) yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah; Azami Mohd Noor (Kadok) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri; dan Mohamad Mustafa (Demit) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri.

Selain itu, Mohamad Awang (Gual Periok) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri; Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri; Abdullah Yaakub (Air Lanas) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri; dan Zainuddin Awang Hamat (Limbungan) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Manakala Wan Yusoff Wan Mustafa (Adun Gual Ipoh) menjawat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri; Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang) menjawat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri; Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Adun Gaal) menjawat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri; dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Adun Pasir Tumboh) menjawat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan