Kaji Semula DEB: Melayu Berkepentingan Sahaja Menentang

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAZIR RAZAK
NAZIR RAZAK

KUALA LUMPUR: Golongan yang menentang kajian semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah mereka yang selama ini memperoleh manfaat daripada polisi kerajaan itu selama 40 tahun.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak sehubungan itu berkata, kerajaan tidak perlu tunduk kepada golongan yang membuat bising itu sebaliknya perlu mengutamakan kumpulan majoriti yang mahukan dasar itu diubah dalam aspek tertentu.

"Merekalah yang membuat bising sedangkan hak semua bumiputera adalah lebih penting. Sebab itu ada kontraktor yang marah apabila ada tender terbuka sedangkan mereka tidak terfikir jika tender itu diberikan kepada mereka, apa akan jadi kepada kontraktor Melayu yang lain.

"Kenapa enggan bersaing," katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, matlamat DEB membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat, biasiswa dan masih relevan dan perlu dikekalkan.

Tetapi, jelas beliau, pada masa sama orang Melayu perlu menambah satu lagi matlamat iaitu membina dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif.

" Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu. Untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif kita tidak dapat lari daripada mengkaji semula cara DEB dilaksanakan," ujarnya.

Beliau berkata, saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera atas nama DEB tetapi persoalannya siapa yang layak dan yang meraih keuntungan.

"Saya lihat orang yang senang dapat, senang juga menjualkannya," tegas beliau.

Dalam pada itu Nazir berkata, bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30 peratus di kalangan bumiputera dan pada masa sama bersaing dalam 70 peratus yang disaingi oleh semua pihak.

Ujarnya, DEB perlu adil dan untuk Melayu berjaya, Malaysia perlu berjaya sepenuhnya.

Sehubungan itu, katanya lagi , semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut kerana Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya.

"Itu pandangan saya. Sebab itu, perlu mewujudkan tempoh masa untuk melaksanakannya kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan