Ceria Hari Bapa Bukan Untuk Semua

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan sambutan khusus meraikan golongan bapa. Namun tidak semua bapa berpeluang meraikan Hari Bapa bersama anak-anak tersayang.

Ada di antara mereka terpaksa melupakan keceriaan dan kemeriahan, seperti G. Chandramohan, 24, bapa kepada kanak-kanak malang, Nisha Chandramohan, 2, yang dilaporkan hilang dua minggu lalu.

Sejak itu, hidup Chandramohan dan isterinya, Wong Lai Lan, 21, bertukar igauan ngeri apabila segala usaha mengesan anak tunggal mereka gagal.

Antaranya termasuk mendapatkan bantuan di rumah ibadat Hindu, Kristian serta menjejaki anak mereka di merata tempat tanpa berputus asa.

"Kami meminta bantuan saudara dan rakan-rakan berdoa di kuil dan tokong sementara saya dan isteri pergi berdoa di gereja," katanya yang turut menerima dua ke tiga panggilan sehari dan mesej pesanan ringkas dari seluruh negara memberikan sokongan dan perangsang.

Nisha yang menghidap epilepsi, tanpa disedari sesiapa, dibawa keluar dari rumahnya di Mentakab, Pahang oleh seorang saudara disyaki menghidap penyakit mental pada 4 Jun lalu.

Laporan polis dibuat sebaik saudara itu ditemui bagaimanapun Nisha gagal dikesan sehingga hari ini.

Sementara itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia mengadakan kerjasama dengan Kumpulan Perbankan RHB untuk membantu mengurangkan bilangan kes kehilangan kanak-kanak menggunakan kemudahan 1,800 mesin ATM RHB di seluruh negara bagi mengesan mereka.

"Kami menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan RHB untuk menyalurkan maklumat penting kepada umum. Pada masa sama kita terus mengingatkan ibu bapa tentang tanggung jawab menjaga anak-anak mereka," kata Naib Pengerusi yayasan itu, Tan Sri Lee Lam Thye.

Pada masa yang sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan dan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong menegaskan bahawa ibu bapa bertanggung jawab mutlak terhadap anak-anak kerana mereka perlu perlindungan terutama yang masih kecil.

Chong berkata, "tidak masuk akal" sesetengah ibu bapa sanggup membiarkan anak yang masih kecil berjalan di pusat membeli-belah atau ke pasar malam sendirian tanpa ditemani sesiapa.

"Ibu bapa perlu memastikan anak mereka sentiasa berasa di samping dan di tempat selamat," katanya sambil menambah, beliau mendapati ada ibu bapa yang rasa bangga apabila ditenangkan oleh Perdana Menteri, Timbalan beliau atau menteri lain apabila anak mereka hilang.

Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak tindakan lebih tegas bermula dengan ibu bapa sendiri - untuk menangani isu kehilangan kanak-kanak di negara ini.

Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan, Datuk Halim Ibrahim berkata, ibu bapa terutama yang muda kurang tahu mengenai perlindungan dan keselamatan anak, seperti apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

"Ini melibatkan guru, pihak berkuasa, NGO, sektor swasta dan individu sendiri. Banyak NGO fokus terhadap isu sosial dan sebagainya tetapi tidak ada yang menjurus kepada kehilangan kanak-kanak," katanya.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan saringan ke atas penjaga di pusat jagaan kanak-kanak, nurseri dan tadika sebagai langkah menangani penganiayaan kanak-kanak dengan lebih efektif.

Juga, sistem amaran bagi kanak-kanak hilang atau sesat akan ditubuhkan dengan bantuan pihak media dan agensi penguat kuasaan undang-undang. Sistem tersebut dijangka menyamai buletin AMBER Alert di Amerika Syarikat (AS) yang memberitahu umum mengenai kes penculikan atau suspek disyaki.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan