Ahli Umno Digesa Laksana Tanggungjawab Mengundi

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini mengingatkan anggota Umno supaya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat terus meneraju kerajaan.

Ini kerana katanya, keanggotaan yang ramai semata-mata tidak menjamin kekuatan parti sekiranya anggota gagal menyokong parti sendiri apabila tiba masanya.

"Contohnya di kawasan saya di Lembah Pantai, Umno ada 17,000 anggota tapi yang mengundi hanya 8,000. Ini bermakna lebih kurang 50 peratus anggota Umno yang aktif tidak mengundi di Lembah Pantai.

"Mereka inilah yang akan datang minta sokongan, minta rumah dan macam-macam, tapi bila periksa (mereka) takpun jadi pengundi di Lembah Pantai," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kepong di sini.

Raja Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata parti itu harus meningkatkan aktiviti pendaftaran pengundi pada kalangan anggota bagi memastikan mereka menyokong parti ketika diperlukan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut hadir mahu Wanita Umno mengubah cara dalam mendekati rakyat.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata sayap itu harus memperbanyakkan lagi program melibatkan rakyat dan bukan sekadar melaksanakan program sesama sendiri.

"Kita perlu mendekati masyarakat dan keluar dari zon selesa. Kita mesti ubah cara kita berfikir, cara kita berinteraksi dan berpolitik, kemudian barulah kita boleh memimpin generasi muda," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan