Timbalan Perdana Menteri Arah Saringan Pengambilan Pensyarah IPT Diperketat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan institusi pengajian tinggi (IPT) memperketatkan saringan pengambilan para pensyarah bagi membendung pergerakan militan di institusi masing-masing.

Beliau berkata langkah itu wajar dilakukan agar tidak ada pensyarah yang terpengaruh dengan kegiatan militan merekrut anggota di kalangan kakitangan dan penuntut IPT awam atau swasta berkenaan.

"Saringan yang lebih ketat wajar dilakukan supaya kegiatan seperti itu tidak berkembang dan memberi kesan kepada keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Selasa lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata kini wujud cubaan untuk menghidupkan semula gerakan JI dengan merekrut pelajar institut pengajian tinggi.

Beberapa hari sebelumnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata kumpulan JI warga asing dikesan aktif menghidupkan JI dengan cuba merekrut golongan remaja termasuk pelajar institusi pengajian tinggi.

Muhyiddin menyifatkan perkembangan terbaru yang didedahkan polis itu sebagai sesuatu yang membimbangkan, dan beliau sterusnya meminta pihak polis supaya mengambil tindakan tegas dalam menanganinya.

Katanya beliau berharap semua IPT bekerjasama dengan pihak polis untuk membendung pergerakan itu daripada terus menular.

Beliau berkata semua Naib Canselor IPT diminta mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara (KPN) untuk mendapatkan perkembangan serta maklumat terkini mengenai perkara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan