Tahanan Di Malaysia Diberi Layanan Baik - Kumpulan Hak Asasi Manusia PBB

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, tahanan di Malaysia diberi layanan baik dan memuji bilangan mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin berkurangan.

Kumpulan Kerja mengenai Timbang Tara Penahanan berada di Malaysia selama seminggu dan memeriksa lima pusat tahanan termasuk Pusat Tahanan Kamunting di mana tahanan ISA ditempatkan.

Ia mengesyorkan supaya Malaysia memansuhkan atau meminda empat undang-undang pencegahan termasuk ISA untuk disesuaikan dengan Pengisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia.

Tiga lagi adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) dan Akta Kediaman Terhad.

"Undang-undang ini menafikan hak tahanan kepada perbicaraan awam yang adil oleh tribunal yang adil dan saksama dan bebas, seperti yang termaktub di dalam Pengisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia dan prinsip undang-undang adat antarabangsa yang lain," kata El Hadji Malick Sow yang mengetuai lima anggota kumpulan yang tiba di sini pada 7 Jun atas jemputan kerajaan Malaysia.

"Kenyataannya bahawa kerajaan menjemput kami di sini menunjukkan kesediaannya untuk memperbaiki. Kami akan mengemukakan laporan kepada Majlis Hak Asasi Mansia pada Mac tahun depan dan kami juga akan membuat susulan mengenai keadaan itu dalam tempoh dua tahun," katanya.

Laporan awal juga diberi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong hari ini, katanya.

Sow berkata, kumpulan kerja itu juga menerima kerjasama yang baik dari kerajaan Malaysia dan agensi-agensi berkaitan termasuk dalam menyediakan maklumat yang perlu dan mengatur semua perjumpaan seperti yang diminta.

Beliau juga menyebut mengenai perkembangan positif dengan berkata para tahanan berada dalam keadaan baik, hubungan yang baik antara tahanan dan warden dan tiada layanan buruk seperti didakwa.

Penurunan bilangan tahanan ISA kepada 15 orang patut dipuji, katanya.

Kumpulan Kerja itu telah melawat Penjara Kajang, Penjara Puncak Borneo, Penjara Pengkalan Chepa, Pusat Tahanan Kamunting dan Pusat Tahanan Simpang Renggam.

Dalam tempoh lawatan itu, ia telah menjalankan temubual dengan para tahanan termasuk kesemua 15 tahanan ISA, berjumpa dengan wakil-akil kerajaan dan banadn bukan kerajaan (NGO) selain membuat lawatan mengejut ke balai polis Simpang Renggam.

Sow berkata, kebanyakan para tahanan memilih untuk berada di penjara daripada diletakkan di pusat-pusat tahanan atau di bawah tahanan polis.

Katanya mereka juga tidak dimaklumkan mengenai hak-hak mereka semasa dalam tahanan polis terutama hak-hak untuk menghubungi kaum keluarga atau berunding dengan peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan