Penalti Lebih Berat Dalam Pindaan Akta Antipemerdagangan 2007

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini, setelah ia diluluskan dalam mesyuarat Kabinet pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan terhadap Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) itu antara lain akan menyaksikan pertambahan kadar penalti yang dikenakan ke atas individu serta pertubuhan yang terlibat dalam pemerdagangan orang serta penyeludupan migran, di mana ia lebih berat daripada apa yang terkandung dalam Akta Imigresen.

"Sebanyak 14 Seksyen baru akan ditambah disamping membuat pindaan terhadap 10 Seksyen sedia ada.

"Ia termasuklah bahagian khusus bagi penyeludupan migran, pelantikan Pegawai Buruh sebagai Pegawai Penguatkuasa, bidang kuasa Mahkamah Sesyen untuk merakamkan keterangan mangsa, Majistret mesti mengeluarkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) serta pemakaian akta yang melibatkan bukan sahaja negara penerima tetapi juga negara transit," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Hishammuddin berkata, pindaan itu dibuat bagi menjadikan ia lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Beliau berkata, kerajaan berharap tindakan yang lebih bersepadu dapat diambil terhadap isu-isu berkaitan memandangkan kedua-dua jenayah itu mempunyai hubungan yang amat rapat dan saling berkait khususnya dalam konteks eksploitasi buruh asing dan migran.

"Kerajaan juga mahu menyelesaikan isu-isu mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara transit kerana dengan perubahan akta ini, individu atau pihak-pihak yang membantu menyeludup masuk migran ini ke Malaysia juga akan dikenakan hukuman selain hukuman kepada migran yang masuk ke Malaysia secara tidak sah," katanya.

Hishammuddin berkata, menerusi pindaan itu juga, kerajaan akan dapat memperluas fungsi dan peranan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (Mapo) termasuk untuk memantau corak kemasukan migran ke Malaysia dan juga pergerakan mereka di dalam negara.

Beliau berkata, pemantauan tersebut akan membantu agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan selanjutnya untuk membanteras kegiatan penyeludupan migran.

"Untuk tujuan itu juga, kemampuan Mapo akan dapat diperkukuhkan dengan penambahan dua Ahli Majlis di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dalam anti penyeludupan migran," katanya.

Hishammuddin berkata, kementerian telah mengambil segala langkah perlu untuk memastikan pindaan tersebut mencapai matlamat yang disasarkan, termasuk dengan mengadakan sesi taklimat kepada umum pada 9 Jun lalu, yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan dihadiri oleh 68 peserta termasuk NGO, kedutaan dan pertubuhan antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan