Hanya PM Tahu Tarikh Pilihan Raya - Ahmad Maslan - Berita Semasa | mStar

Hanya PM Tahu Tarikh Pilihan Raya - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Maslan (dua dari kanan) bersama Mohd Shafie Abdullah (dua dari kiri) ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Ke-7 Umno Bahagian Wangsa Maju di Kuala Lumpur hari ini. - Foto The Star CHUA KOK HWA
Ahmad Maslan (dua dari kanan) bersama Mohd Shafie Abdullah (dua dari kiri) ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Ke-7 Umno Bahagian Wangsa Maju di Kuala Lumpur hari ini. - Foto The Star CHUA KOK HWA

KUALA LUMPUR: Hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang tahu tarikh sebenar pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, isu mengenai bila tarikh pilihan raya umum ke-13 tidak sepatutnya timbul kerana ia bidang kuasa Perdana Menteri.

"Kuasa terletak kepada Perdana Menteri dan Kabinet, bukan boleh sesuka hati untuk mengadakan pilihan raya," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno kali ke-7 Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.

Ahmad Maslan berkata, pada dasarnya pihak pembangkang mengetahui tarikh pilihan raya yang bakal diadakan.

"Mereka tahu tarikh pilihanraya akan diadakan pada 8 Mac 2013 kerana pada tarikh itu genap lima tahun selepas pilihan raya yang ke-12.

"Sepatutnya mereka dah boleh agak bila tarikh pilihan raya akan berlangsung dengan menkaji trend pilihan raya yang telah berlangsung selama 12 kali," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi notis tiga bulan kepada pembangkang untuk mereka membuat persediaan dan tidak mengadakan pilihan raya secara mengejut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan