Anwar Diminta Ikhlas Mengenai Bukti Bekas Wakil Rakyat PKR Ditawar RM2 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersikap ikhlas dan berani untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya beberapa Anggota Parlimen daripada parti itu ditawarkan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.

Ketika membuat desakan itu, kumpulan Anggota Parlimen berkenaan yang kini membentuk Konsensus Bebas, berkata Anwar tidak harus menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas politik bagi mengalih tumpuan umum daripada permasalahan yang dihadapinya.

"Oleh itu, Konsensus Bebas mendesak Anwar bersikap ikhlas dan berani kerana benar untuk mendedahkan bukti, jika ada, seperti yang beliau dakwa," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata beliau akan mendedahkan bukti itu "pada masa dan tempat yang sesuai".

Konsensus Bebas, yang ditubuhkan baru-baru ini oleh lima orang wakil rakyat yang dahulunya daripada PKR, berkata mereka bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar.

"Konsensus Bebas meminta rakyat untuk menilai semula tindak-tanduk dan cara Datuk Seri Anwar Ibrahim berpolitik," kata mereka dalam kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan