Anggota UMNO Diingat Bersiap Sedia Hadapi Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno diingatkan agar sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Katanya pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bla masa sahaja walaupun ia tidak wajar diadakan dalam masa terdekat seperti disarankan oleh sesetengah pihak kerana wakil rakyat yang telah terpilih perlu diberi peluang berkhidmat dalam tempoh lima tahun.

"Saya fikir tak perlu pilihan raya awal. Kita ada masa, saya fikir lebih elok kita habiskan lima tahun, baru ada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Cheras di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.

Mohd Ali yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno juga turut menyelar sikap segelintir anggota parti pembangkang yang sentiasa membuat spekulasi terhadap segala kebaikan yang dilakukan Umno kepada rakyat.

"Kebaikan yang kita lakukan kepada rakyat sentiasa dispekulasi oleh pihak pembangkang yang khuatir dengan kejayaan yang kita capai dalam dua pilihan raya kecil lepas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan