Tindakan Keras Terhadap JI

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Indonesia dan Malaysia sedang memburu kumpulan-kumpulan militan dan akan menangkap paderi Muslim Indonesia, Abu Bakar Bashir tidak lama lagi.

Sumber kanan anti-keganasan memberitahu The Star, mereka mempunyai bukti tentang Abu Bakar yang kini mengetuai Jamaah Anshorut Tawhid membiayai kumpulan militan itu.

Katanya, polis akan menangkap ketua militan itu.

Nampaknya, ahli-ahli militan yang mempunyai perkaitan dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) masih aktif memperjuangkan objektif mencetuskan keganasan di kedua-dua negara tersebut.

Mereka turut merekrut ahli baru terutama pelajar universiti.

Ekoran penangkapan seorang rakyat negara ini serta sembilan wartawan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan JI baru-baru ini, sumber risikan berkata, pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan tokong Kuan Yin di Air Hitam, Penang.

Dalam perkembangan berkaitan:

- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menggesa pelajar universiti yang dihubungi ahli JI supaya segera memaklumkan kepada polis.

- Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pensyarah universiti akan ditahan pihak polis sekiranya merekrut pelajar universiti untuk JI.

- Ahli-ahli jawatankuasa Batu Caves serta beberapa tokong di Pulau Pinang telah meningkatkan tahap kawalan keselamatan ekoran ancaman tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan