Sultan Selangor Mahu Ajaran Sesat Dibendung

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan peraturan dan garis panduan penceramah dipatuhi supaya tidak wujud penularan sebarang ajaran sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Menurut baginda, penceramah dan tenaga pengajar seharusnya mempunyai tauliah yang diiktiraf untuk mengajar dan berceramah di masjid atau surau, dan JAIS perlu sentiasa peka dan mengawasi aktiviti di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dengan teliti sekaligus membolehkan tindakan segera diambil.

"Beta mengingatkan perkara ini kerana sekiranya masyarakat tidak peka dan memandang ringan kegiatan ajaran sesat serta tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran yang tidak betul ini kepada JAIS atau pihak bertanggungjawab yang lain, dikhuatiri pengaruh ajaran sesat yang pada mulanya bergerak secara kecil-kecilan akan berkembang dan sukar dibendung," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sungai Merab di sini hari ini.

Baginda melahirkan rasa bimbang tentang perkembangan ajaran sesat kerana ia boleh mengelirukan serta memesong akidah umat Islam sekaligus menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Kepada masyarakat Islam, beta menyeru supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan perkara ini kepada ahli jawatankuasa masjid, imam atau terus kepada JAIS supaya sama-sama kita dapat mengatasi perkara negatif yang boleh merosak dan memecah-belahkan umat Islam negeri Selangor ini.

"Dengan kerjasama antara orang ramai dan pihak masjid, surau serta JAIS, maka kita dapat meninggikan lagi syiar Islam di negeri Selangor ini dan membentuk masyarakat Islam yang bersatu padu dan dihormati," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan